Akaun pastipc.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

DANA PEMBINAAN PUSAT PASTI KAWASAN PENGKALAN CHEPA

BANTULAH KAMI !

"Mengumpulkan Dana Bagi 19 Buah PASTI di Daerah Pengkalan Chepa."

 


“ SUATU USAHA BERSEPADU DAN BERTERUSAN KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI TUNAS ISLAM YANG UNGGUL DARIPADA ASPEK SAHSIAH, KEILMUAN DAN AMALAN-AMALAN YANG BERTUNJANGKAN KEPADA ISLAM, IMAN DAN IHSAN ”

Ya ! Inilah sebahagian daripada Falsafah Pendidikan PASTI yang sekian lama menjadi sandaran penguat kepada penubuhannya . PASTI merupakan sebuah institusi pendidikan prasekolah yang menyediakan ruang pembelajaran berorientasikan Islam buat anak-anak.

Tidak dinafikan melalui pusat asuhan ini telah melahirkan ribuan alumni daripada rahimnya serta mampu mengilangkan pakar di pelbagai peringkat bahkan terbukti kepercayaan yang diberi dari kalangan bukan Islam dengan menghantar anak-anak mereka .


Sebanyak 19 buah institusi PASTI yang mewarnai keceriaan Kawasan Pengkalan Chepa, dengan telatah keriangan kanak-kanak comel . Kebanyakan PASTI sudah wujud sejak tahun 80 dan 90-an lagi . Hanya 3 sahaja PASTI yang dibangunkan selepas tahun 2011 .

Secara keseluruhannnya menempatkan seramai 1,500 orang pelajar dan 83 orang guru.  Kini, PASTI ini bernaung di bawah pengurusan PASTI Kawasan Pengkalan Chepa .

 




DANA RM500,000
 PERTAMA

 DIPERLUKAN BAGI

MEMBELI SEBUAH BANGUNAN SEBAGAI

PUSAT PASTI KAWASAN PENGKALAN CHEPA




PASTI kami juga memerlukan bantuan anda dari segi set kelengkapan bilik darjah seperti komputer, projektor, kerusi, meja serta cat bangunan yang masih belum mengikut format warna PASTI . Sebelum ini, kami hanya mampu menyalurkan 1 rak buku, rak kasut, papan putih, dan meja guru sahaja untuk kesemua 19 buah PASTI . 



JIKA ANDA TIDAK MEMBANTU KAMI

Bagaimana keselesaan anak-anak PASTI kelak, seandainya berhadapan dengan infrastruktur serta prasarana bermasalah , khususnya meja pelajar PASTI yang tidak mencukupi . Adakah proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan pelajar dapat dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan ?



 Lagi pula, dengan penambahan anak-anak PASTI yang semakin hari semakin ramai .

Oleh itu, saya mengalu-alukan huluran sumbangan seikhlas hati dari anda. Bersama-samalah kita meringankan pencarian dana yang akan dirasai manfaatnya oleh 1,500 orang pelajar dan 83 orang guru .

Impaknya, anda akan dapati kelangsungan pendidikan peringkat awal kanak-kanak khususnya di Kawasan Pengkalan Chepa ditambah baik seterusnya tersedia fasiliti pendidikan yang berkualiti untuk penduduk setempat .

 Pengagihan ini secara bersasar kepada semua entiti PASTI di bawah penyeliaan PASTI Kawasan Pengkalan Chepa.



Bagaimana Nak Menyumbang ?

Mudah saja! Kami menyediakan pakej-pakej mengikut kemampuan tuan/puan seperti berikut :


Pakej Platinum - Rm1000    

Pakej Premium - RM600

Pakej Emas - RM400 (SEBULAN)

Pakej Perak - RM100 (SEBULAN)

Pakej Asas - RM30 (SEBULAN)

 

Dengan izin Allah, setiap sumbangan yang diberikan akan memayungi dan melindungi kita dari terik kehangatan matahari di padang Mahsyar yang hanya sejengkal sahaja di atas kepala .

Allah SWT berfirman :

 “Katakanlah, ‘Sesungguhnya Rabbku melapangkan rezeki bagi siapa sahaja yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa sahaja yang dikehendaki-Nya), Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Saba’:39)

Semakin banyak kita memberi kepada orang lain, semakin bertambah kasih sayang Allah kepada kita. Dengan itu, semakin banyak pahala dan rezeki yang mengalir dalam kehidupan kita. In Shaa Allah.


Sumbangan Secara Manual/

Bank Transfer/ CD, Boleh Bank In

Ke Akaun Di Bawah :

Bank : Bank Islam

Penama Bank : Tetuan Pasti

Kawasan Pengkalan Chepa

No Akaun : 03102010006236

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi atau whatsapp :

017-9487341